Make your own free website on Tripod.com

Mari Belajar Bahasa Kantonis


Nombor Masa Ucapan
Tarikh Warna Perbualan Telefon
Ganti Nama Alatan di pejabat Email

Pendahuluan

Laman Web Mari Belajar Bahasa Kantonis ini dilancarkan bertujuan untuk memberikan pendidikan asas tentang Bahasa Kantonis kepada semua orang yang berminat untuk mempelajarinya. Di dalam laman web ini, asas-asas tentang bahasa kantonis akan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas agar mudah dipelajari dan difahami oleh semua peringkat umur.

Latar belakang bahasa Kantonis

Bahasa Kantonis ialah bahasa yang paling meluas dipertuturkan di China dan juga di luar China selepas bahasa Mandarin. Bahasa Kantonis ialah bahasa rasmi Hong Kong dan manakala penggunaannya di Asia Tenggara telah dijadikan bahasa utama perniagaan oleh ahli-ahli perniagaan Cina. Apabila negara China mula melancarkan dasar perniagaan terbuka, bahasa Kantonis mula mendapat perhatian. Keperluan terhadap kemahiran bahasa ini semakin meningkat sejajar dengan perkembangan ekonomi negara China.

Cabaran

Pada mulanya petutur baru mungkin agak sukar untuk mempelajari bahasa ini. Bahasa Kantonis seperti mana dialek bahasa Cina yang lain, ianya adalah bahasa yang berdasarkan nada. Ini bermaksud perkataan perlu diucapkan pada nada yang betul. Jika tidak ia boleh membawa maksud yang tidak betul atau maksud lain yang tidak difahami oleh si pendengar. Oleh itu sangat penting untuk setiap petutur baru mempelajari dan memahirkan diri dengan bentuk-bentuk nada tersebut.

 

Senarai Laman Web yang penting

www.cantonese.ca

members.tripod.com/~DorothyMa

www.cantonese.sheik.co.uk/

www.chinawestexchange.com/Cantonese/Pingyam

www.webcom.com/~bamboo/chinese/chinese.html